“Ingat dia keluar Ramadan, rupanya tak sabar bawa bahagia…” – Sari Yanti kongsi pengalaman bersalin

Semalam, selebriti serba boleh Jep Sepahtu telah berkongsi nama dan beberapa keping gambar anak sulungnya, Dariya Inara menerusi laman media sosial Instagram.

Isterinya aktres Sari Yanti juga tidak lupa untuk berkongsi pengalaman terindah ketika melahirkan cahaya mata yang comel itu pada Khamis lalu menerusi posting terbaru di Instagram miliknya.

Bismillahirrahmanirrahim. Hidup ku. Mati ku. Cinta ku. LILLAHITA'ALA. -SUBHANALLAH.WALHAMDULILLAH. WALAILLAHAILLALLAH. ALLAHUAKBAR. . . Pada 25/4/2018 Kakak dah selamat melahirkan anak diusia kandungan kakak 37 minggu. @dariyainaraofficial . . Ingatkan dia keluar hari pertama Ramadhan. Rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutamanya Abah dia @jepsepahtu . #anakabah Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang. Dan menjadi yang lebih baik. Insyaallah. . . . Segala pujian bagi Allah SWT. Selawat dan salam pada Rasulullah SAW. Terima kasih Sayang @jepsepahtu untuk doa, Semangat , cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat , bimbang, panic , buntu , sebak semua tu akan jadi memori yang sangat indah ❤🎈 . . . Terima kasih mama. Untuk doa yang tak putus putus. Untuk air mata mama. Untuk penat lelah menunggu .untuk kesabaran yang berpanjangan. Dan tentulah untuk melahirkan 'anti' hampir 34 tahun dulu. ❤ Terima kasih baba, mak , abah untuk doa kasih sayang dan rasa bimbang.  Alhamdulillah dah selamat. Semoga semuanya akan beroleh bahagia ❤ Terima Kasih anak anak mama Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq – kasih sayang untuk mama selalu menjadi penguat mama. Sekarang dua dua jadi dah jadi big brother untuk Dariya Inara. Tak sangka such a loving brother u both are ❤💋🎈 . . Terima kasih adik beradik.. keluarga dan sahabat handai yang memang tak pernah gagal untuk ada. Sayang korang semua. 🎈 Dan terima kasih Awak Semua untuk ucapan dan doa yang baik baik. Semoga Allah balas kebaikan kata kata anda semua dengan ketenangan ,rahmat dan kegembiraan. 🌼🌹 . . ALHAMDULILLAH ❤ Assalamualaikum everyone 🌼 .. . @dariyainaraofficial @jepsepahtu

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

 

“Bismillahirrahmanirrahim. Hidup ku. Mati ku. Cinta ku. Lillahita’Ala. -Subhanallah.Walhamdulillah. Walaillahaillallah. Allahuakbar.

“Pada 25/4/2018. Kakak dah selamat melahirkan anak diusia kandungan kakak 37 minggu @dariyainaraofficial. Ingatkan dia keluar hari pertama Ramadhan. Rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutamanya Abah dia @jepsepahtu.

“Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang. Dan menjadi yang lebih baik. Insyaallah.

“Segala pujian bagi Allah SWT. Selawat dan salam pada Rasulullah SAW. Terima kasih sayang @jepsepahtu untuk doa, semangat, cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat, bimbang, panik, buntu, sebak semua tu akan jadi memori yang sangat indah.

“Terima kasih mama. Untuk doa yang tak putus putus. Untuk air mata mama. Untuk penat lelah menunggu, untuk kesabaran yang berpanjangan. Dan tentulah untuk melahirkan ‘anti’ hampir 34 tahun dulu.

“Terima kasih baba, mak, abah untuk doa kasih sayang dan rasa bimbang. Alhamdulillah dah selamat. Semoga semuanya akan beroleh bahagia.

“Terima kasih anak anak mama Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq – kasih sayang untuk mama selalu menjadi penguat mama. Sekarang dua dua jadi dah jadi big brother untuk Dariya Inara. Tak sangka such a loving brother u both are.

“Terima kasih adik beradik, keluarga dan sahabat handai yang memang tak pernah gagal untuk ada. Sayang korang semua. Dan terima kasih awak semua untuk ucapan dan doa yang baik baik. Semoga Allah balas kebaikan kata kata anda semua dengan ketenangan ,rahmat dan kegembiraan,” katanya menerusi kapsyen gambar tersebut.

Selain itu, pasangan pelakon berkenaan turut mengumumkan akaun Instagram rasmi milik anak mereka iaitu @dariyainaraofficial yang telah mempunyai lebih 25,000 pengikut sejak malam tadi.

(Visited 2,247 times, 1 visits today)