Ini Satu Berita Yang Baru Diterima… Keadaan Terkini Fendy Bakry, Pelakon Mr Grey. Memang Sedih Keadaan Dia Sekarang..

Umum mengetahui kisah pelakon utama Mr Grey iaitu Fendy Bakry yang kini dirawat kerana menghidap penyakit misteri.

Fedny Bakry atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri yang kini mula menempa nama, sedang berada di kampung halamannya di Perlis untuk menjalani rawatan alternatif.

Ini keadaan terkini tentang kesihatan Fendy Bakry.

Selepas hampir sebulan menerima rawatan, keadaan kesihatan pelakon utama drama Mr Grey, Fendy Bakry yang dilaporkan menghidap sakit misteri mula menunjukkan perubahan positif dan semakin pulih.

Berita tentang keadaan terkini ini disampaikan oleh Pengurus Besar Prokuya Studio iaitu Fadzil Zahari.

Fadzil yang jug adik kepada Farid Kamil berkata, perkembangan positif Fendy menggembirakan mereka yang sentiasa berdoa supaya pelakon yang bernaung di bawah pengurusannya itu kembali sihat.

Ini pendedahan dari Fadzil Zahari:

“Alhamdulillah, keadaannya bertambah baik dan perkembangan itu memberi petanda positif untuk melihat Fendy segera pulih. Kami juga sentiasa berharap dia akan kembali sihat dan dapat bekerja seperti biasa.

“Semua ini berkat doa mereka yang tidak pernah jemu memberikan kata semangat untuk melihatnya sembuh seperti sedia kala. Fendy sangat berterima kasih kepada peminat yang setia mendoakan kesihatannya,”

Sementara itu, Fendy menerusi laman Instagram memaklumkan, dirinya berada dalam keadaan baik, selain turut mempromosikan drama lakonannya yang masih ditayangkan.

Ini tulis Fendy:

“Salam semua… hangpa sihat ka? Alhamdulillah abang okay… kita jumpa lagi malam ini,”

Sebelum ini, Fendy dilaporkan pulang ke kampungnya di Perlis untuk mendapatkan rawatan selepas dikatakan mengalami penyakit misteri ketika menjalani penggambaran drama itu sejak awal bulan ini.

Ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, pihak pengurusannya terpaksa menunda semua komitmen seni

Kes penyakit yang melanda Fendy ini menerima perhatian ramai pihak ekoran lakonan Fendy dalam drama Mr Grey yang mendapat sambutan hangat.

Pelakon berumur 29 tahun ini, dicungkil bakatnya menerusi program Pencarian Hero Remaja 2012.

Semoga Fendy Bakry cepat sembuh seperti sedia kala!

Sumber: Berita Harian via sakura

(Visited 16,354 times, 12 visits today)