“Jiwa saya kacau! Saya terima serangan bertubi-tubi..” – DS Vida Tertekan Kerana..

Ahli perniagaan kosmetik popular Datuk Seri Hasmiza Othman atau DS Vida, memberitahu berat badannya telah susut lebih dari lima kilogram (5kg) hanya dalam tempoh 10 hari.

Kata DS Vida, berat badan nya yang telah turun secara mendadak itu disebabkan dirinya kini berasa tertekan dengan beban hutang dan masalah perniagaan yang sedang dihadapi olehnya.

Ini pendedahan DS Vida:

“Saya terima serangan bertubi-tubi dari kiri kanan depan belakang terutama masalah perniagaan.

“Jiwa saya kacau! Tetapi saya akur, inilah harga sebuah populariti. Orang akan sentiasa memandang dan mencari semua salah kita sampai tak boleh bernafas.

“Saya turun lima kilogram dalam 10 hari sebab tertekan dengan masalah terlalu banyak. Jarang saya biarkan masalah dalam kepala tetapi kali ini saya gagal,”

DS Vida yang ditemui pada pertunjukan fesyen Primavalet Fesyen Hub Lebaran 2018 di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini juga mengakui, tekanan yang dihadapinya membuatkan dia terduduk dan menangis.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Ipoh telah mengarahkan DS Vida untuk menyelesaikan bayaran cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah lebih RM4.6 juta sebelum 21 Mei depan.

Arahan penyelesaian di luar mahkamah itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Anselm Charles Fernandis selepas tuntutan itu difailkan peguam LHDN, Nor Hidayah Mohd Anas di dalam kamar hakim.

Dalam penyataan tuntutan LHDN, DS Vida dikehendaki membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah RM4,686,435.79.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, DS Vida bakal tampil dengan single kedua ciptaan Cat Farish menjelang Aidilfitri ini.

Sebelum ini, DS Vida menajdi viral melalui lagu I Am Me ciptaan Edry KRU.

Sumber: Awani / Astro Gempak