‘Liberal Terok’ – Respon Netizen Bila Alicia Amin Tak Puas Hati Wanita Muslim Tidak Dibenarkan Beli Arak Di KLIA!

Gara-gara tidak boleh beli minuman keras, Alicia Amin yang terkenal dengan pelbagai kontroversi bertindak berani bersuara di Twitter.

Pernah dikecam kerana tidak berpakaian ketika melakukan beberapa fotografi, Alicia seakan tidak kisah dirinya menjadi kecaman orang sekali lagi.

Alica memberitahu dia baru sahaja mengetahui wanita beragama islam tidak dibenarkan membeli arak di zon bebas cukai, KLIA dan perkara tersebut menyebabkan Alicia rasa tidak berpuas hati.

 

 

“Saya baru tahu Muslim di Malaysia tidak dibenarkan membeli minuman keras di Zon Bebas Cukai di KLIA. Bagus, kita semakin mundur.”

Menurutnya akan ada pihak yang menyemak passport untuk memastikan status agama seseorang.

Tweet tersebut mendapat pelbagai respon daripada pengikutnya dan rata-rata bersyukur kerana akhirnya Malaysia memperketatkan undang-undang seperti ini.

 

 

 

Malah, ada juga yang mula memandang serong kepada Alicia kerana berfikiran seperti ini dan menganggap ia sebagai satu isu.

 

 

Aduh macam-macam betul, tapi bersangka baik jelah. Mungkin Alicia maksudkan macam mana kalau dia sebagai seorang individu yang punyai kawan non-muslim, dan ingin hadiahkan kawan dia alkohol tetapi tidak dibenarkan kerana status agamanya. Hmmm kalau macam tu, MH rasa, Alicia tak perlu bersedih atau tak puas hati lagi, sebab MH percaya di KLIA banyak lagi benda lain yang Alicia boleh belikan untuk kawan-kawan. Tak gitu?

(Visited 939 times, 1 visits today)