“Luluh hati tengok bayi tu..” – Hidap virus kulit, ‘baby’ Aminah akhirnya jumpa ibu susuan yang sesuai..

Baru-baru ini tular mengenai kisah seorang wanita, Intan Liana Abdul Aziz yang tidak dapat menyusukan cahaya mata sulungnya lalu memaksa dia untuk mencari ibu susuan buat bayinya, Aminah Zulaikha yang menghidap penyakit kulit.

Selepas dia memuat naik status pencarian ibu susuan ke sebuah laman Facebook komuniti pada Ahad lalu, seorang ibu kepada lima orang anak lelaki telah tampil untuk membantunya.

Menurut laporan mStar Online, Anies Aida Muda berkata, dia tidak dapat lelapkan mata ketika tidur setelah mengetahui mengenai kisah bayi berusia tiga bulan itu.

Kata wanita berusia 31 tahun itu, nalurinya sebagai seorang ibu sangat tersentuh sebaik mendukung Aminah Zulaikha kerana anak bongsunya yang berusia lima bulan juga mengalami masalah kesihatan.

Tambah jurusolek sepenuh masa itu, dia berjanji akan menghantar susu ke rumah Intan pada setiap hari kerana rumah mereka terletak tidak jauh antara satu sama lain.


Selain itu, Anies juga berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi membelikan pendingin hawa buat keluarga tersebut oleh kerana bayi berkenaan tidak boleh berada dalam keadaan panas.

Posting mengenai pertemuan itu telah menjadi tular di laman media sosial dengan mendapat lebih 5,500 ‘likes’ serta 3,090 perkongsian pada petang semalam.

Sumber : mStar Online