“Ramai2 orang solat, dia zoom kau dik” – Masuk tv ketika solat jumaat, mimik muka Alif Satar jadi bahan lucu netizen

Selebriti serba boleh, Alif Satar sememangnya seorang yang sangat komited terhadap kerjayanya sebagai anak seni di dalam industri hiburan tanah air.

Namun siapa sangka disebalik tahap profesionalisme dalam sesuatu perkara, penyanyi Sesungguhnya Aku itu sebenarnya seorang yang lucu dan kelakar.

Terbaru, pelakon drama bersiri Red Velvet itu telah memuat naik sekeping gambar di Instagram miliknya yang kelihatan dirinya sedang menunaikan solat jumaat secara langsung di televisyen.

Menurut Alif, gambar itu telah dirakam oleh seorang peminat dari Sarawak yang menunjukkan dirinya seolah-olah khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib.

“Mak, saya masuk tv!! Salam jumaat semua. Peminat dari Sarawak hantar gambar ni. Nasib baik pakai kurta smart hari ni pergi masjid…” katanya menerusi kapsyen.

Gambar berkenaan menarik perhatian netizen untuk memberikan pelbagai komen yang rata-rata berasa lucu dengan ekspresi muka tidak sedar Alif yang kelakar dan kacak itu.

Syukur Alhamdulillah..

Comel je Alif..

Khusyuk nampak..

Sejuk perut mak mengandung..

Muka macam tak mandi je..

Segak berbaju melayu..