“Sebab tu tak kaya & sendu…” – Tolak RM1 juta jadi duta produk, Sharifah Amani tidak mahu tipu masyarakat

Bagi menjayakan keberkesanan sesuatu produk, sudah tentu memerlukan artis dan selebriti terkenal sebagai duta bagi mempengaruhi atau melariskan lagi jualan produk tersebut.

Namun apa yang menyedihkan, pemilik produk seakan-akan tidak kisah mengenai kesan kepada pengguna kerana sekadar memikirkan keuntungan semata-mata.

Terbaru, pelakon Sharifah Amani telah memuat naik status di laman Twitter miliknya membuat pendedahan bahawa dirinya pernah ditawar sebanyak RM1 juta untuk menjadi duta produk pemutih kulit.

Namun setelah mendengar nasihat ibu, Fatimah Abu Bakar bahawa dirinya putih disebabkan genetik semulajadi dan bukannya kerana bahan kimia, pelakon yang bakal muncul dengan filem Gol & Gincu 2 itu akur dengan perkara tersebut.

Tambah ibunya, duit bukan pelengkap dalam kehidupan dan rezeki itu boleh dicari di mana-mana namun apa yang lebih baik adalah tanggungjawab terhadap masyarakat adalah penting berbanding kepentingan untuk diri sendiri.

Sebab tu la tak kaya & ‘sendu’

Tweet berkenaan telah menarik perhatian netizen yang rata-rata memberikan reaksi positif dan memuji sikap pelakon itu dan ibunya yang mengambil keputusan bagi menjadi golongan yang bukan ‘mata duitan’.

Takpe lah, asalkan rezeki berkat

Ibu & anak memang baik hati

Respek lah Amani

Tapi tak ramai artis cerdik

Sumber : Sharifah Amani

(Visited 1,711 times, 1 visits today)