[VIDEO] “Dua Kali Thor Dipermainkan!” – Lawak Habis Bila Jihan Muse Kalahkan Thor Dalam Parodi Avengers MeleTOP!

Pihak Marvel Studios baru sahaja mengeluarkan filem terbaru mereka, Avenger’s Infinity War beberapa hari yang lalu.

Filem berkenaan yang menarik dan mengasyikkan menyebabkan ianya hangat diperkatakan dan menjadi bualan orang ramai di media sosial mahupun di rumah dan di rancangan hiburan!

Terbaru rancangan hiburan MeleTOP turut menyajikan parodi bersempena filem Avenger baru-baru ini!

See u tomorrow Avengers

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

Seperti biasa, pelawak dan pengacara terkenal Jihan Muse menjadi watak utama.

Namun parodi Avengers kali ini sedikit berbeza kerana pihak MeleTOP mengunakan adegan babak dalam filem Thor: Ragnarok, dan bukanlah Avengers Infinity War.

Mungkin pihak MeleTOP tidak mahu menjadi ‘spoiler’, apatah lagi menjadi satu kesalahan menayangkan filem yang masih di pawangan untuk tontonan umum.

Jom kita saksikan aksi Jihan mengalahkan superhero terkenal, Thor Odinson!

Rata-rata terhibur dan memuji lawak yang disampaikan Jihan Muse.

Video berkenaan yang dimuat naik menerusi laman Youtube MeleTOP ditonton hampir 40K tontonan.

Difahamkan Avengers Infinity War berjaya meraih AS $630 juta bersamaaan RM2.4 billion selepas tayangan minggu pertama, sekaligus merampas kedudukan filem Fate of the Furios yang memperoleh keuntunggan sebanyak AS $530 juta (RM2 bilion) selepas ditayangkan seminggu pada tahun lalu.