[VIDEO] “Macam Sotong, Sama Macam Perekanya!” – Lepas ‘Roti Tisu’ Izara Aishah, Fesyen Rizalman Ibrahim Dikritik Lagi?

Nampaknya pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Hakim sekali lagi dikritik ramai selepas dia mereka sebuah busana putih untuk jutawan terkenal, Norhaili Ahmad Mokhtar.

I dedicate this triumphant to my people, my centre of energy, my community, the dedicated @ebwarriors ! I am beyond speechless when we closed the year of 2017 with 228 MILLION total of sales. This is our winning, a testament of our hard work. Allahuakbar, the rezeki is abundance out there. Thank you Datuk, Datin, Mr and Miss for your trust in choosing my agency to manage your future! . . #hautecouturebyrizalman #EBW228jutaTGS2017 #EBWSedekadKemenangan #EllyBaDecade #Uplineaku10tahunno.1 #decadeofGREATNESS #decadeofEXCELLENCE #decadeofWINNING #EBW228jutaTGS2017 #EBWSedekadKemenangan #EBWaDecade #EBW10tahunjuara #EBWagencyNo1diPublicMutual #EBW #ebwarriors #ebc #ebccommunity #publicmutualberhad #publicmutual #unitamanah #dontwastetimechoosingothers #jointhe10yearsno.1agency #2019confirm500juta

A post shared by Norhaili Ahmad Mokhtar (@ellybillionaire) on

Busana putih berkenaan yang direka khas untuk menutup bahagian perut Norhaili telah diumpamakan seperti beberapa objek dan haiwan seperti bulu tangkis, puding dan terutamanya, sotong.

Tampil mempertahankan rekaannya, Rizalman menjelaskan bahawa busana itu sememangnya direka untuk dipakai wanita berkenaan pada Malam Anugerah Public Mutual 2018 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) pada hari Ahad yang lalu.

“Untuk seorang juara seperti beliau pada malam itu, beliau juga berhak untuk memakai busana ‘sang juara’.

Bayangkan kalau kostum dia tak ‘sotong’… mesti beliau kelihatan seperti cumi-cumi atau plankton tenggelam di tengah lautan manusia,” jelasnya.

Terdahulu Rizalman turut dikritik hebat selepas kerudung (veil) yang direkanya untuk pelakon Izara Aishah disamakan seperti roti tisu dan sebagainya.

Walau bagaimanapun Rizalman menjelaskan bahawa idea kerudung berkenaan diilhamkan daripada kain songket keras yang digunakan untuk menutup kepala ketika zaman Diraja dahulu.

(Visited 5,119 times, 1 visits today)